hari rabu semalam, 25 mac, aku ada kelas wayang kulit. masa mula2 kitorang diwajibkan untuk mengambil wayang kulit sebagai subjek elektif bagi teater tradisional, kitorang satu class tensen habis! mane tak nye, dahla xpernah blaja n takda langsung rasa minat timbul dalam hati masing2. kononnya kami rasa sebagai seorang pelajar teater, seni lakon lak lagi, mungkin subjek yang sesuai dan paling kene mengena mungkin cam menora, mak yong. jauh di sudut hati aku sebenarnya aku nak mendalami mak yong coz masyarakat kita sekarang semakin mengangkat mak yong dan persembahan mak yong lebih kerap kita dengar ia dipersembahkan daripada menora. atau dalam erti kata lain, sekarang ni kalau ada knowledge dan tahu menari mak yong, senang la nak jual... lagipun aku memang nak belajar kehalusan seni tarinya.
dek kerana dah diwajibkan tu,kitorang rela jela amik wayang kulit n dah pasrah la... kami diberi pilihan untuk memilih sama ada perdalangan atau muzik. kawan2 aku nak amik muzik coz tak confident nak jadi tok dalang. so aku mengalah dan rasa, ok kot aku try belajar dalang walaupun aku fail nak ghoyak kelate. sebabnye, aku rasa dengan kebisingan mulut aku dan diri aku nie sendiri yang selamber ikut suke hati jer, mybe perdalang nie takla jauh sangat dari diri aku.
sebelum nie, kalau tengok persembahan wayang kulit. aku rase benda nie senang jer coz tok dalang kat sebalik kelir tu bukan payah nak ekspose atas pentas. ko hanya duduk katv belakang kain putih tu, gerak-gerakkan patung dan bercakap. dats why yang aku rase wayang kulit cam takda value sangat. melainkan bile tengok persembahan mak yong ke, tarian gamelan ke, aku mesti kagum gile tengok liuk lentok penarinya dan aku rase benda tu lagi susah nak buat!
tapi sekarang persepsi aku tu totally change. barulah aku tahu yang main wayang kulit ni bukanlah perkara yang senang seperti ape yang aku pernah pikir sebelum ni. lagi susah dan mencabar! korang bayangkan. tok dalang akan menerajui sesebuah dalam masa 1 jam 30 minit seorang diri dan melakonkan lebih 6 watak dalam satu masa!! sedangkan lakonan teater di atas pentas pun kita lakonkan bersama teman lakon dan kita tak payah nak pikir karektor orang lain melainkan kerektor kita sahaja. sedangkan tok dalang perlu memikirkan seorang diri untuk melakonkan lagi 6 hingga 8 karektor pelakon di atas pentas! bile kita dah melakonkan banyak watak, kita operlu variasikan suara dan intonasi dialog supaya suara watak lain tidak sama dan akan membuatkan penonton keliru. sedangkan bile nak berlakon lakonan pentas dan memegang dua watak dalam satu masa pun kita dah rasa sangat mencabar. itulah antara cabaran yang aku hadapi semasa proses pembelajaran.
aku jadi sakit ati bile ada orang tanya aku amik apa dan aku jawab, "amik wayang kulit, tok dalang' pun ada banak reaksi negatif dan menjengkelkan yang aku terima. tapi aku bidas la balik...! pak ya pernah cakap, tak ada lagi tok dalang perempuan. so, die pun semangat nak kami berjaya. aku pernah tanya lecturer omputih kat fakulti aku yang major in vocal, Prof Erica camane aku nak variasikan suara bile kita kene lakonkan banyak watak. die ceritakan pengalaman die kat US. dulu die slalu wat VO and for cartoon. ada satu tahap, die kene buat 60 jenis suara yang berlainan untuk kartun! aku btol2 kagum ngn die. die ada bagi sikit tips camane nak buat variasi suara . aku gunakan nasihat dan tips yang die berikan dengan sebaiknya.
sesekarang aku dah rasa makin seronok belajar ilmu perdalang ni...
next week, 10 April 2008, senior aku, abang Boni akan perform wayang kulit di Muzium Negara. aku akan membantu dia di sebalik kelir supaya aku dapat belajar. turn untuk aku perform plak maybe bulan 8 nanti...insyaallah kalau diizinkan Allah...
korang sume dijemput datang tengok yer...jumpe di sanaaaa...
YEEEHAAA!!!!!! DI PERKAMPUNGAN PORTUGIS
TEMPAT PERTAMA KITORANG LAWAT
(*&^&*#$@$$%^$#
huurrrmmmm.......
bile kita nak lari daripada sesuatu perkara, tapi bukan dikategori masalah, mesti susah..
aku tak suke sebenarnya tapi payah nak blah..
tah la, tapi aku rase aku ni penyabar la jgk bile time tertentu. tapi lebih banyak baran kot..
baran aku dah kurang ckit sejak aku dah masuk 20an. tapi aku tak boleh terima bile aku dah selalu sabar dengan sesuatu perkara, tapi benda yang aku sabar sangat sebelum n i tak boleh sabar dengan aku untuk waktu yang sekejap, seketika dan aku boleh jadi hijau! lagi2 bile aku rase dah nak dekat bulan merah aku tiba..
sampaikan aku fikir aku nak buat perkara-perkara yang boleh memuaskan hati aku, yang jarang-jarang sekali aku nak buat atau dah lame aku tak buat.
wat da ----??!!!
dahla minggu ni minggu yang menyeskkan kpale smpai 2-3 minggu lagi...
ahhHhhhh!!!
aku citer kt sorang kawan aku yang aku dah ada blog, pastu die boleh gelakkan aku macam nak mampos siap guling2 lagi cm industan!! siot betol budak 2! die cakap, cam klakar je aku ada blog. ceh! jeles la sebenarnye 2... hahaha. aku tido lewat nie.. xciap asingment lagi. padan muko den! xciap keje, nasiblah ko kene tdo lewat. dahla nak kene anta asingment grup besok ngn ada 2 quiz n clas aku full gle besok. 830am sampailah 10 malam. tak ke lebam otak aku besok? ada 5 clas dalam 1 hari... itulah antara cabaran yang aku kene tempuh masuk degree ni. sape curuh gatal-gatal g sambung blaja. dah blaja nie, kene la ikut cara orang blaja kan.... redha jela... bak kata orang, go with the flow..ye ke?? hehe.
abang dauz lah org yg bertanggungjawab tlg wat blog ni ha....
thanks abang...
mari kita ucap selamat pada abang dauz.
...
diminta sume cikgu2, berdiri. kita nyanyikan lagu selamat untuk abang dauz.
allah selamatkan kamu
allah selamtkan kamu
allah selamatkan cikgu murni
allah selamatkan kamu...
hurreeeeyyyy!!!!!
eh! silap..abang dauz ler..