PERLU AZAM BARU KE?

0

Posted by bononaladyz | Posted in




Perlu Ke Nak Kena Ada Azam Baru Setiap Kali Masuk Tahun Baru???

Aku rasa rata-rata yang semangat buat azam baru, hanya akan semangat
semasa bulan pertama. masuk bulan kedua, ketiga dah lupa dan terleka. duk sibuk kejar perkara lain pulak. pada aku nak berazam bukanlah hanya pada setiap kali nak masuk new year. tak kiralah dalam kalendar bulan masihi, Islam, cina, india, jawa dan macam2 kalendar lah lagi.
kalau kita fikir perlu buat azam baru stiap kali new year, bermakna anda telah memaksa diri anda dan keazaman itu biasanya akan menjadi hangat-hangat taik ayam. perasaan untuk berubah menjadi yang lebih baik akan datang dari hati yang tulus. itu bermakna Allah telah memberi sedikit ruang terhadap petunjuknya kepada hambaNya yang sentiasa mencari.

dalam aspek lain, aku anggap cool jugak buat azam baru. berangan la lebih kurang...manalah tau, duk kita tengah pasang azam tu, masa tu lah masa Allah memakbulkan kata-kata dan niat kita..aku berharap semua perkara baik yang kita doa dan mahukan dimakbul tuhan.. Amin..

kita beruntung new year kali ni jatuh pada hari minggu dan semua orang boleh cuti 3 hari. macam-macam perkara manusia nak buat dalam weekend ni. dan yang penting bagi orang macam aku yang kena pg kelas, semua akan mula dalam minggu depan dan semua perkara perlu dibuat dalam weekend ni. tak kurang jugak yang g holiday, kenduri etc..

huhuhu!!!! bestnya kalau dapat g port dickson hujung minggu ni..duk lepak tepi laut, hirup udara yang best dan tengok pemandangan yang tenang sebelum aku mengadap segala macam serabut start minggu depan..sebab dah lama aku tak relax camtu. bukan aku nak lama-lama pun. sehari dua jadi la..sejak degree, aku jadi makin stress dan untuk aku kembali fresh nak mengadap setahun ni, aku perlu centrekan balik otak aku ni.
tapi apa nak buat...memang dah ditakdirkan aku tak boleh nak g PD hujung minggu new year ni...sedeyhnye... : {
by da way, aku tumpang gembira kepada mereka2 yang bersuka-ria dan bercuti-cuti Malaysia kat PD tu..maybe next time aku pergi...JAGA DIRI..bulan tengkujuh ni. bahaya...

p/s : kad di bawah ni kira kad ucapan kepada mereka yang akan bercuti. have a good weekend..

        aku hanya mampu berangan bercuti sambil tutup mata macam gambar ni, mengadap kipas angin dan menganggap angin tu adalah bayu laut yang menyapa lembut tubuhku.hahaha. (berangan tak payah bayar kan....)

KENA IKUT CAKAP ORANG???

1

Posted by bononaladyz | Posted in

  terlalu banyak perkara dan rancangan yang aku mahu lakukan pada masa ini dan juga akan datang. macam-macam yang aku rancang perkara yang baik dalam hidup aku. tapi aku percaya setiap apa yang kita rancang, Allah penentu segala. memang hidup ini bukan kita seorang. setiap keputusan yang kita buat untuk diri kita sebenarnya bukanlah untuk kita semata- mata. keputusan itu akan melibatkan orang-orang yang ada disekeliling kita.
  apa yang aku nak buat cuti ni, aku tak dapat nak buat. aku perlu mengikut kehendak orang lain untuk memuaskan hati mereka. jiwa muda kau memberontak sebab aku nak buat apa yang aku nak buat!! tak paham ke??!!!
macam2 perkara yang aku perlu buat dan setelkan pada masa ni.

   ADAKAH BODOH MENGIKUT CAKAP ORANG??

bila aku fikir2 balik, tak guna aku nak mengamuk. mungkin Allah dah tentukan semuanya. nak tak aku kene ikut. biarlah...biarlah mereka berpuas hati kehendak mereka aku laksanakan. aku percaya, ada hikmah disebaliknya.
aku berharap aku dapat buat apa yang aku nak buat. mungkin aku terlalu memikirkan apa yang akan terjadi pada masa depan aku. sebab tu aku kena rancang dari sekarang.
  daripada perkara yang terjadi pada diri aku ni, aku faham untuk memuaskan hati kita sendiri, kita perlu memuaskan hati semua orang dulu. biar orang senang hati dengan kita, barulah kita dapat puaskan hati dan buat perkara yang menyenangkan hati sendiri sebab orang dah takkan risau dengan kita.

p/s : to lilin, ikut jela cakap bapak ko lin...sebenarnya dia bukan risau kau penat keje, yang lebihnya dia risaukan keselamatan kau..aku pun berada dalam situasi yang sama...